Daftar Keahlian
KATEGORI AHLI
Keahlian Persatuan ini adalah seperti berikut :
- Ahli Seumur Hidup (Lahir di Johor & Ibu atau Bapa yang lahir di Johor)
- Ahli Bersekutu (Isteri & Suami Ahli yang bukan lahir di Johor dan Pelajar Universiti yang lahir di Johor)
- Ahli Eminent ( Orang-orang Tersohor).
SYARAT MENJADI AHLI :
Seorang yang hendak menjadi AHLI SEUMUR HIDUP atau AHLI BERSEKUTU atau AHLI EMINENT hendaklah :
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun, dan mempunyai akal fikiran yang sempurna serta tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya atau Selangor Darul Ehsan.
- Mengaku dan bersetuju menerima dan menurut undang-undang dan rancangan serta tujuan.
- Pelajar Universiti / Kolej Universiti boleh diterima menjadi ahli Persatuan dengan mendapat kebenaran bertulis daripada Naib Canselor Universiti.
- Ahli Eminent (Tersohor) adalah keahlian yang ditawarkan dan dilantik sebagai ahli dengan persetujuan individu.